Selamat menyambut Puasa Al-mubarak kepada semua teman-teman yang mengenali diriku

August 19th, 2009 by gengskb06

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pejam celik pejam celik rupanyanya kita bakal menyambut puasa Al-mubarak bulan ini. Sebelum aina melangkau dengan lebih jauh, aina ingin memohon maaf bagi semua insan yang mengenali diriku ini dari hujung rambut hingga hujung jari. Dikesempatan ini juga, aina doakan puasa kita pada tahun ini akan diterima Allah dan diberkatiNYA.

Jauh disudut hati ini, perasaan lain menyelinap didalam kalbu..gembira, takut, semuanya ada.Mudah-mudahan apa yang aina dan suami hajati tercapai suatu hari nanti.Detik-detik yang sangat tidak kusabar nantikan akan muncul jua.Adakah aina dah bersedia jadi IBU yang baik dan mithali….Insyaallah..paling mengembirakan adalah pada tahun ini, aina akan beraya bersama suami dan bakal baby yang akan lahir tidak lama lagi…Semuanya sudah lengkap kerana aina sungguh gembira dapat meraikan hari raya Aidilfitri bersama Orang yang aina sayangi dan cintai iaitu suami aina, Mohd Norhafezuddin dan baby…

Tidak sabar aina menunggu saat itu..Mudah-mudahan Allah Makbulkan apa yang tersirat dihati kerdil ini.

Aina juga amat menyayangi keluarga Aina yang berada di Felda Pemanis Satu, My family:Ayah, mak dan adik beradik lain serta Keluarga Dikedah…Aina doakan mereka semua selamat Dunia dan Akhirat dan sihat sejahtera…sesungguhnya pengorbanan dan pengertian mu sekalian amat bermakna dalam hidup aina…Yang Pastinya Kita sebagai Hamba Allah dimuka bumi ini hanya merancang …dan Hanya Allah Sahaja Yang menentukan Segala-galanya….I LOVE U ALL…Terima kasih banyak-banyak dan maafkan segala kesilapan aina selama aina hidup 27 tahun dimuka bumi Allah yang serba indah ini…

Nukilan,

Puan Aina

Perlu Langkah Setapak Lagi demi Melupakan penderitaan dan kesedihan Sebelum ini..

September 14th, 2008 by gengskb06

Sudah lama aina tidak berceloteh dalam friendster ini…Sesungguhnya berat langkahku untuk meneruskan hasrat bergelar isteri suatu hari nanti…Hati ini masih tertanya-tanya…Adakah benar segala apa yang aina fikirkan sebelum ini?Hanya Allah dan Keluarga Aina yang memahaminya….Aina begitu takut untuk meneruskan perjuangan walaupun ianya hanya selangkah saja….Aina akan tabah dan sabar sekaligus melangkahkan kakiku hanya setapak kehadapan bagi melupakan penderitaan dan kesedihan yang berbuku dihati sejak peristiwa pahit yang melanda diri aina…Aina, jika benar pilihanmu dan keluargamu merestukan, Langkahlah setapak kehadapan janganla berpaling lagi..Sesungguhnya apa yang berlaku dalam dirimu hanya dari ketentuan Qada’ dan Qadar Allah Yang Maha Esa…YA Allah , Kau Bukakanlah hatiku dan tetapkan hatiku untuk menerima kasih sayang dari insan lain..Tabahkan hatiku dan lindungilah keluargaku dari ancaman buruk…Mudah-Mudahan Kau Makbulkan Doakan Supaya dikurniakan Suami yang Soleh dan penyayang..Amin Ya Rabbal ALamin…

Nukilan,

Aina

TABAHKAN HATI HAMBAMU INI….AMIN YA RABBAL ALAMIN

April 21st, 2008 by gengskb06

Saat demi saat, detik demi detik aina berkata sendirian…..Entahla…Apa yang berlaku terhadap aina selama ini akan aina sematkan dihati walaupun perit dan sakit..Aina redha dan pasrah dengan dugaan sebegini…Yang Pasti HANYA ALLAH dan aina saja yang tahu apa yang aina rasa…Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya..Biarlah perkara yang berlaku selama ini dapat mematangkan diri aina didunia ini. Aina manusia dan Hamba Allah yang Lemah…Pasti Melakukan kesalahan dan kesilapan..Kepada Allah dan DIALAH aina berserah terhadap apa yang berlaku..YA ALLAH TABAHKAN HATI HAMBAMU UNTUK TERUS HIDUP DIMUKA BUMI ALLAH YANG INDAH INI..AMPUNKAN DOSA HAMBAMU INI..sebagai Hamba ALLAH dimuka bumi yang hanya sementara ini, Kita dikurniakan akal untuk berfikir….TEPUK DADA TANYALAH SELERA..DOAKAN AINA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT…AMIN.

nak tahu nak kata aoa

March 25th, 2007 by gengskb06

ai….tak tahula aku nak kata…buat progress report dalam masa beberapa minit…tak tahu nak tulis apa…lab pun tak start lagi….apa-apadah…yang pastinya aku cuti 1 minggu..tak sabar dok umah…malas nak fq pasal master sekejap..sakit kepala diwatnya..chayooooo…..

blaja balik…..hidup SKB…

January 16th, 2007 by gengskb06

BEtul kata uyun tue….he he he .kitaorang jadi pelajar lagi….tapi lain ckit coz kitaorang blaja macam keje….tapi best…walaupun 4 orang je dsini, kami tetap cool….dikelilingi dengan tanaman segar…pokok getah dan kelapa sawit….terkenang daku pada pengalaman lalu….okla…gua chou dulu